Pilih projek dashboard anda. Setiap pilihan direka untuk menguji kemahiran full-stack anda — dari data model hingga visualisasi interaktif.
Track stok barang, kuantiti, kategori, dan harga. Dashboard untuk memantau inventori dengan visualisasi stok.
Sistem untuk mengurus inventori barang. Pengguna boleh menambah item baru, mengemas kini kuantiti stok, melihat item yang hampir habis, dan menganalisis taburan stok mengikut kategori. Sesuai untuk perniagaan kecil atau pembelajaran logistik.
| Column | Type | Keterangan |
|---|---|---|
| id PK | uuid | ID unik (auto-generate) |
| name | text | Nama barang |
| quantity | integer | Kuantiti stok semasa |
| category | text | Kategori (contoh: Elektronik, Makanan, Pakaian) |
| price | decimal(10,2) | Harga seunit |
| min_stock | integer | Stok minimum (untuk alert) |
| created_at | timestamp | Tarikh tambah (auto) |
Sidebar kiri dengan menu Dashboard, Inventory, Categories, Settings. Halaman utama: 3-4 card ringkasan di atas, table inventory di tengah (boleh scroll), bar chart di sebelah kanan. Ada search bar dan dropdown filter di atas table. Butang "Tambah Item" di sudut kanan atas.
Simpan, cari, dan urus senarai contact. Dashboard hubungan dengan visualisasi rangkaian.
Sistem pengurusan hubungan (CRM ringan). Pengguna boleh menyimpan contact, mencari dengan pantas, menapis mengikut syarikat atau tag, dan melihat statistik hubungan. Sesuai untuk rangkaian profesional atau pengurusan pelanggan.
| Column | Type | Keterangan |
|---|---|---|
| id PK | uuid | ID unik (auto-generate) |
| name | text | Nama penuh |
| text | Alamat emel | |
| phone | text | Nombor telefon |
| company | text | Syarikat / organisasi |
| position | text | Jawatan |
| tags | text[] | Tag (array, contoh: {'VIP','Client','Friend'}) |
| created_at | timestamp | Tarikh tambah (auto) |
Sidebar dengan Dashboard, Contacts, Analytics, Settings. Halaman utama: card statistik di atas (Total Contacts, Companies, Tags Popular). Di bawah: grid contact cards (avatar bulat, nama, syarikat, emel) atau table view (boleh toggle). Search bar sentiasa di atas. Butang "Tambah Contact" terapung di kanan bawah.
Post idea, undi (vote), dan komen. Papan idea interaktif untuk sesi brainstorming pasukan.
Platform untuk mengumpul dan mengurus idea. Pengguna boleh menghantar idea baru, mengundi idea yang sedia ada (upvote/downvote), dan meninggalkan komen. Sesuai untuk pasukan yang ingin melakukan brainstorming secara digital atau komuniti yang ingin mencadangkan penambahbaikan.
| Table | Column | Type | Keterangan |
|---|---|---|---|
| ideas | id PK | uuid | ID unik |
| title | text | Tajuk idea | |
| description | text | Penerangan penuh | |
| votes | integer | Jumlah undian (default 0) | |
| author | text | Nama pencipta idea | |
| created_at | timestamp | Tarikh hantar | |
| comments | id PK | uuid | ID unik |
| idea_id FK | uuid | Rujuk ideas.id | |
| content | text | Kandungan komen | |
| created_at | timestamp | Tarikh komen |
Sidebar dengan Dashboard, Ideas Board, Analytics. Halaman utama: card statistik (Total Ideas, Top Idea, Total Votes). Di bawah: grid idea cards — setiap card ada tajuk, description ringkas, vote buttons (▲/▼), jumlah votes, dan komen count. Bila klik idea, buka modal dengan detail penuh dan komen. Butang "Cadang Idea" di atas.
Log perbelanjaan, kategori, jumlah, dan tarikh. Dashboard kewangan dengan analisis perbelanjaan.
Sistem untuk menjejak perbelanjaan harian. Pengguna boleh log setiap perbelanjaan, mengkategorikannya, melihat jumlah perbelanjaan mengikut kategori dan masa, serta menganalisis tabiat berbelanja. Sesuai untuk pengurusan kewangan peribadi atau pembelajaran analisis data.
| Column | Type | Keterangan |
|---|---|---|
| id PK | uuid | ID unik (auto-generate) |
| description | text | Penerangan perbelanjaan |
| amount | decimal(10,2) | Jumlah wang |
| category | text | Kategori (Makanan, Pengangkutan, Hiburan, dll) |
| date | date | Tarikh perbelanjaan |
| payment_method | text | Tunai / Kad Kredit / Online Banking |
| notes | text | Nota tambahan (optional) |
| created_at | timestamp | Tarikh log (auto) |
Sidebar dengan Dashboard, Expenses, Charts, Settings. Halaman utama: 4 card ringkasan di baris atas (Total Spending, Spending Bulan Ini, Kategori Tertinggi, Purata/Harian). Di bawah: bar chart (kiri) dan pie chart (kanan) sebelah-menyebelah. Line chart di bawahnya untuk trend bulanan. Table expenses di bawah sekali dengan search, filter kategori, dan date range picker. Butang "Tambah Expense" terapung.
Tak puas hati dengan 4 pilihan di atas? Anda boleh:
Yang penting: kena ada minimum 1 table di Supabase, search/filter, 1 chart, dan responsive design. Selebihnya, kreativiti anda!
Ini adalah keperluan minimum yang mesti ada dalam dashboard anda. Semua pelajar mesti capai tahap ini.
Sudah siap MVP? Cuba cabaran tambahan ini untuk dashboard yang lebih hebat.