4 latihan hands-on untuk mempolish projek capstone atau fasa sebelumnya — visual, security, SEO, dan QA. Guna AI pada setiap langkah.
Setiap latihan fokus pada satu aspek polishing. Anda boleh buat ikut urutan atau pilih yang paling relevan dengan projek anda.
| # | Latihan | Anggaran Masa | Checklist | Hasil |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Polish Projek Anda — Visual | 45-60 minit | 15 items | Screenshot BEFORE vs AFTER |
| 2 | Security Audit Projek Anda | 30-45 minit | 10 items | Screenshot findings |
| 3 | Setup SEO untuk Projek Anda | 20-30 minit | 8 items | Social preview berfungsi |
| 4 | QA Sweep — Lighthouse 90+ | 20-30 minit | 7 items | Lighthouse >90 |
Objektif: Ambil projek capstone atau fasa sebelumnya dan polish visualnya menggunakan AI. Target: projek nampak 10x lebih profesional selepas polish.
Tip: Screenshot kedua-dua versi dan letak side-by-side. Perbezaan akan nampak dramatik. Simpan sebagai bukti portfolio anda.
Objektif: Lakukan security audit penuh pada projek anda. Cari dan fix API keys yang exposed, RLS issues, CORS misconfiguration, dan vulnerabilities lain.
Peringatan: Jangan screenshot API keys yang sebenar. Gunakan dummy keys atau blur bahagian sensitive. Sekiranya terjumpa API key yang exposed, ROTATE KEY SEGERA (generate key baru) dan remove dari git history.
Objektif: Setup SEO lengkap supaya projek anda boleh ditemui di Google, social media, dan WhatsApp. Test social preview untuk pastikan semuanya berfungsi.
Tip: Kalau OG image tak keluar di WhatsApp, tunggu beberapa minit (WhatsApp cache). Atau guna Facebook Sharing Debugger untuk force refresh cache. Pastikan OG image URL adalah absolute (https://domain.com/image.png), bukan relative (/image.png).
Objektif: Run Lighthouse audit dan fix semua isu sehingga target minimum tercapai: Performance >90, Accessibility >90, Best Practices >90, SEO >90.
Tip: Jangan frust kalau skor Lighthouse rendah. Setiap point yang AI suggest untuk fix akan naikkan skor. Fokus pada "Lowest hanging fruit" — image optimization dan render-blocking resources biasanya yang paling senang dibaiki dan memberi impak besar pada skor.
Selepas siap semua 4 latihan, luangkan masa 5 minit untuk refleksi:
Projek anda kini telah melalui 40 langkah quality assurance. Dari visual hingga security, dari SEO hingga performance — semuanya telah dipolish. Anda layak untuk berasa bangga. Launch dengan keyakinan.